Friday, 5 July 2013

Excited Routine During Ramadhan


Hi guys..

I'm so excited this coming Ramadhan~~ yeayy....Bulan penuh keberkatan ni..mari sama-sama kita rebut peluang beribadat. Bulan yang di lipat gandakan pahala, di buka pintu syurga dan di rantai syaitan-syaitan.

OK..enough of that, aku nak kongsi routine yang aku dah plan untuk bulan ramadhan ni. Ada banyak di antara kita, bila bulan Ramadhan je, you all akan limit kan aktiviti. Sepatutnya bulan ramadhan ni, selain kita ambil kesempatan untuk melipat gandakan ibadat kita, kita ambil kesempatan untuk back in shape jugak. Jangan asyik fikir nak berbuka puasa makan apa saja..

So, sudah semestinya kita akan berpuasa..so routine akan bermula dengan sahur..

Sahur
Nutrisi & protein shake (+ air 2liter)
Subuh
Solat
7.30 AM - 5.00PM
Pergi kerja lah..cari nafkah
Maghrib
Buka puasa. Makan masakan wife..(+ dengar-dengar mak nk datang rumah sama bulan ramadhan ni..boleh la makan masakan mak sama..hehe)
Selepas maghrib
Pergi surau. Solat isyak and tarawih.
Selepas tarawih (around 10.00PM)
Ambil per-workout protein shake.
Workout (1 jam cukup lah)
Ambil post-workout protein shake.
Selepas workout
Mandi-mandi. Mengaji kejap..Spent time dengan family kejap. Then tidur..

Habis...Hope I can stick to the plan. Hehe.. Mission==>> Body toning + 12% Total body fat

You guys macam mana pulak...ada perancangan tak untuk ramadhan ni??? 
Hopefully apa yang you all target tercapai. Jangan target nak tambah fat sudah..

Orait..bye..
Assalamualaikum



Thursday, 4 July 2013

healthy meal

 السلام عليكم
Hi guys...

Lama dah aku tak update blog ni. Antara sebab-sebab adalah busy dan tak sihat. Biar lah alasan tu..JOM kita ke tajuk asal....

Healthy meal, atau dalam bahasa malaysia "hidangan makanan yang sihat".

Untuk menghasilkan healthy meal, mestilah dalam hidangan kita tu tiada "Junk Food", dan makanan haruslah "Makanan Seimbang".

Mari kita huraikan lagi maksud "Junk Food" dan "Makanan Seimbang".

Junk Food

Junk food ialah makanan yang rendah kandungan nutrisi nya dan selalunya berlemak, manis, masin dan berkalori tinggi. Kebiasaanya makanan-makanan ini berkalori tinggi dimana sumber nya di peroleh dari lemak, gula dan garam dari makanan itu. Rugilah kan kalau kita makan makanan yang berkalori tinggi tapi kita tak dapat nutrisi-nutrisi lain contohnya protein dan vitamin. Yang kita dapat hanya lah lemak sahaja...no no no...lemak lah benda terakhir sumber tenaga yang kita nak.
OK..contoh-contoh junk food yang aku boleh bagi ialah ais-krim (favorite ni..tapi jauh kan ye guys), then keropok-keropok, minuman berkabornat dan makanan segera (McD, KFC, Pizza and etc)

Conclusion : Junk food bukannya tak boleh makan langsung. Boleh makan tapi jangan selalu. Makanlah sebulan sekali atau dua bulan sekali. Dan jangan sekali makan sekilo pulak habis junk food tu. Makan sikit sahaja. Bukan makan sampai kenyang tapi sekadar melepaskan gian..selamat berjaya.

Makanan Seimbang

Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri dari pelbagai sumber makanan dan mempunyai nutrisi-nutrisi yang banyak contohnya karbohidrat, protein, fiber dan vitamin-vitamin. Selalunya kita orang Malaysia akan makan nasi, lauk sikit (ayam, ikan and etc.) then ada sayur-sayur sikit. Pencuci mulut akan ada buah (tembikai or jambu batu selalu nya). Well, bagi saya itu sudah dekat sangat dah dengan objektif kita untuk menghasilkan makanan seimbang tetapi masih ada sedikit kecacatan. Jom kita betulkan sikit habit pemakan kita.


 Portion (Saiz hidangan) - Selalu kita akan makan nasi which is sumber karbohidrat kita sebanyak 2/4 hidangan kita. Di ikuti lauk kita which is sumber protein kita (ayam atau ikan) 1/4 or less saiz hidangan makanan kita. Manakala sayur pula which is sumber fiber kita juga 1/4 or less saiz hidangan kita.

Conclusion: Saiz hidangan yang betul sepatutnya ialah 1/4 karbohidrat, 1/4 protein and 2/4 fiber. ini baru seimbang.

Cara penyediaan makanan - Dalam makanan kita, kita haruslah mengurangkan pengambilan lemak. Dan sememangnya kebanyakan kita sedia ada mempunyai lemak yang lebih dari di perlukan. So kita perlulah ambil langkah untuk mengurangkan pengambilan lemak dan salah satu caranya ialah cara penyediaan makanan.
Sememangnya kita orang Malaysia paling suka makanan gulai-gulai which is bersantan and berlemak. Dan juga suka goreng-goreng which is minyak di perlukan. Minyak juga merupakan sumber lemak.

Conclusion: banyakkan lah makan makanan yang kukus atau bakar dimana hidangan seperti ini tidak memerlukan minyak atau hanya memerlukan sedikit minyak. (kalau aku cakap makanan bakar-bakar, jangan asyik masak ayam percik je..santan banyak tu..hehe..tiba-tiba teringat bazar ramadhan). 


OK GUYS..
Overall aku berharap semua orang boleh lah mengamalkan Healthy Meal iaitu makanan yang sihat. Jangan cakap makanan sihat tak sedap. Makanan tak sedap tu bukan masalah makanan sihat tapi masalah you all yang tak pandai masak. hehe..ini semua punca dari Hospital yang membuatkan kita mempunyai pandangan makanan sihat tak sedap. Padahal hospital yang tak pandai masak.

Hope this berguna walaupun bukan untuk seribu orang, satu orang rasa my writing ni berguna pun I dah bersyukur. Teringat satu hadith nabi S.A.W, yang memberi maksud "berpesan-pesanlah kita sesama umat walaupun sedikit."

akulihaza wa astagfirullah al-azim
 السلام عليكم

balance meal
junk food

unbalance meal

Sunday, 23 June 2013

al kisah tersalah beli heart rate monitor

السلام عليكم

Hi guys...

Hari ni aku nak share perkara yang agak memalukan diri untuk di share. Tapi takpa lah..untuk jadi iktibar semua. Some people says, "Failure mean you are trying". Hihi..motivasi diri.

Cerita nya macam ni, Sebab aku tahu kepentingan Heart Rate Monitor (rujuk previous post), aku pun beli.
Dah menjadi tabiat aku, nak barang mesti lah yang murah. So, brand Chinavasion menjadi pilihan hati. Hihi..
mana tak nya..harga RM145 je..nak compare dengan jenama yang famous-famous harga sampai RM300-RM800. Mahal sangat~~ aku bukan atlet wakil Malaysia pun..

OK, order online. barang sampai. 

Next agenda, cuba lah.
workout guna lah heart rate monitor tu.OK. puas hati. Aku pun offer lah kat wife aku pulak. Suruh dia pakai time dia workout. Nak make sure yang dia workout pun capai burn fat zone heart rate. Tengok-tengok heart rate 0 je...WHAT??? hidup ke tak wife aku ni? vampire ke apa..huhu..

Tension dah aku, tak kan pakai sekali terus rosak kot. Dalam hati cakap battery habis kot. Kilang pasang battery cap ayam je ni. Aku pun buka tengok battery, sekali peluh workout tadi masuk dalam laaa..

Hampeh betul, Spec tulis water resistant 30meter. Ni peluh pun tak tahan..

Moral of the story : You all tak payah beli lah brand Chinavasion nih. Murah RM145 je tapi boleh guna sekali ja(sedih T-T). Next target, nak beli brand POLAR.
Heart Rate Monitor by POLAR

Friday, 21 June 2013

Target heart rate exercise

Assalamualaikum~~

Hari ni aku nak share tentang target heart rate during exercise. Dari bahan-bahan bacaan dan bertanyakan encik Google, kita boleh burn fat dengan optimum bila kita mencapai heart rate tertentu.
Heart rate normal setiap individu adalah antara 60 to 80 beats per minutes. Bila kita exercise dengan objektif untuk burn fat, kita perlu target untuk mencapai 65% to 80% maximum heart rate kita. Bila kita mencapai heart rate tu, kita berada di zone di mana 50% daripada kalori yang kita baurn itu adalah dari FAT!! WOOOWWW~~ sangat sesuai untuk orang yang nak buang-buang lemak tu..(aku pun..hehe)

Cakap banyak tak guna..nih formula untuk tahu target heart rate kita:

Maximum heart rate = gender - age
**men=226, women=220

Example aku punya, maximum heart rate =226-26
                                                             =200

untuk capai 65% maximum heart rate aku, at least kena bagi cecah 130.

CONCLUSION: pada yang serius nak burn fat, beli lah satu heart rate monitor ni. senang kita nak track exercise kita tu effective ke tak. sebab setengah-setengah orang suka exercise sikit ja, pastu stop(tak sampai 10 minit pun). what a waste~~

heart rate monitor yang aku beli


ni average heart rate aku 155 after 50 minit cardio exercise.  aku capai 77.5% MHR

Monday, 17 June 2013

Sual Kenal Diri Sendiri

Assalamualaikum~~
Hi guys, ini adalah sesi pengenalan diri. hehe.. nama saya FITRI, ada yg panggil man boroi, parut, fit, and E. Pasai pa depa panggil cmtu?? erm...malas nak explain.Untuk pengetahuan semua, aku bekerja sebagai seorang jurutera dan juga HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. Ya lah..dok di KL ni cukup makan je kalau harapkan gaji.

Dalam Blog ni aku nak share journey aku untuk capai wellness target aku..GET LEAN..hihi...
aku akan share short period  target, exercise, nutrition, and result of my activity.

Semua dialu-alukan voice up pendapat korang, soalan, or nk ikot aku nye journey pun boleh (macam perasan best je org nak follow)