السلام عليكم
Hi guys...
Lama dah aku tak update blog ni. Antara sebab-sebab adalah busy dan tak sihat. Biar lah alasan tu..JOM kita ke tajuk asal....
Healthy meal, atau dalam bahasa malaysia "hidangan makanan yang sihat".
Untuk menghasilkan healthy meal, mestilah dalam hidangan kita tu tiada "Junk Food", dan makanan haruslah "Makanan Seimbang".
Mari kita huraikan lagi maksud "Junk Food" dan "Makanan Seimbang".
Junk Food
Junk food ialah makanan yang rendah kandungan nutrisi nya dan selalunya berlemak, manis, masin dan berkalori tinggi. Kebiasaanya makanan-makanan ini berkalori tinggi dimana sumber nya di peroleh dari lemak, gula dan garam dari makanan itu. Rugilah kan kalau kita makan makanan yang berkalori tinggi tapi kita tak dapat nutrisi-nutrisi lain contohnya protein dan vitamin. Yang kita dapat hanya lah lemak sahaja...no no no...lemak lah benda terakhir sumber tenaga yang kita nak.
OK..contoh-contoh junk food yang aku boleh bagi ialah ais-krim (favorite ni..tapi jauh kan ye guys), then keropok-keropok, minuman berkabornat dan makanan segera (McD, KFC, Pizza and etc)
Conclusion : Junk food bukannya tak boleh makan langsung. Boleh makan tapi jangan selalu. Makanlah sebulan sekali atau dua bulan sekali. Dan jangan sekali makan sekilo pulak habis junk food tu. Makan sikit sahaja. Bukan makan sampai kenyang tapi sekadar melepaskan gian..selamat berjaya.
Makanan Seimbang
Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri dari pelbagai sumber makanan dan mempunyai nutrisi-nutrisi yang banyak contohnya karbohidrat, protein, fiber dan vitamin-vitamin. Selalunya kita orang Malaysia akan makan nasi, lauk sikit (ayam, ikan and etc.) then ada sayur-sayur sikit. Pencuci mulut akan ada buah (tembikai or jambu batu selalu nya). Well, bagi saya itu sudah dekat sangat dah dengan objektif kita untuk menghasilkan makanan seimbang tetapi masih ada sedikit kecacatan. Jom kita betulkan sikit habit pemakan kita.
Portion (Saiz hidangan) - Selalu kita akan makan nasi which is sumber karbohidrat kita sebanyak 2/4 hidangan kita. Di ikuti lauk kita which is sumber protein kita (ayam atau ikan) 1/4 or less saiz hidangan makanan kita. Manakala sayur pula which is sumber fiber kita juga 1/4 or less saiz hidangan kita.
Conclusion: Saiz hidangan yang betul sepatutnya ialah 1/4 karbohidrat, 1/4 protein and 2/4 fiber. ini baru seimbang.
Cara penyediaan makanan - Dalam makanan kita, kita haruslah mengurangkan pengambilan lemak. Dan sememangnya kebanyakan kita sedia ada mempunyai lemak yang lebih dari di perlukan. So kita perlulah ambil langkah untuk mengurangkan pengambilan lemak dan salah satu caranya ialah cara penyediaan makanan.
Sememangnya kita orang Malaysia paling suka makanan gulai-gulai which is bersantan and berlemak. Dan juga suka goreng-goreng which is minyak di perlukan. Minyak juga merupakan sumber lemak.
Conclusion: banyakkan lah makan makanan yang kukus atau bakar dimana hidangan seperti ini tidak memerlukan minyak atau hanya memerlukan sedikit minyak. (kalau aku cakap makanan bakar-bakar, jangan asyik masak ayam percik je..santan banyak tu..hehe..tiba-tiba teringat bazar ramadhan).
OK GUYS..
Overall aku berharap semua orang boleh lah mengamalkan Healthy Meal iaitu makanan yang sihat. Jangan cakap makanan sihat tak sedap. Makanan tak sedap tu bukan masalah makanan sihat tapi masalah you all yang tak pandai masak. hehe..ini semua punca dari Hospital yang membuatkan kita mempunyai pandangan makanan sihat tak sedap. Padahal hospital yang tak pandai masak.
Hope this berguna walaupun bukan untuk seribu orang, satu orang rasa my writing ni berguna pun I dah bersyukur. Teringat satu hadith nabi S.A.W, yang memberi maksud "berpesan-pesanlah kita sesama umat walaupun sedikit."
akulihaza wa astagfirullah al-azim
السلام عليكم
 |
| balance meal |
 |
| junk food |
 |
| unbalance meal |